Sunday, May 03, 2009

TENUN NUSANTARA


SEMINAR ANTARABANGSA

Anjuran : Muzium Negeri Pahang

TENUN NUSANTARA : KESINAMBUNGAN TRADISI DAN BUDAYA

PADA 12-14 MEI 2009 DI HOTEL VISTANA, KUANTAN, PAHANG

OBJEKTIF SEMINAR

Seminar ini diadakan adalah bertujuan :

1. Untuk memperkenalkan semula tenunan yang menjadi salah satu unsur peradaban bangsa Melayu

2. Mengumpul sebanyak mungkin maklumat sedia ada tentang tenunan melayu melalui laporan dan tulisan akademik yang dihasilkan oleh para pengkaji dari dalam dan luar Negara, sebagai rujukan yang tepat berkenaan tenunan yang merangkumi seni, sejarah dan warisannya untuk semua lapisan masyarakat.

3. Menyediakan forum bagi mempertemukan ahli akademik, penyelidik dan pengusaha tenunan agar dapat bertukar-tukar maklumat untuk kegunaan bersama.

4. Meneliti hasil kesenian, kemahiran, keindahan dan nilai estetika seni tenunan Melayu, supaya dapat menyuburkan minat di kalangan masyarakat untuk mempelajari, menghargai dan mencintai keindahan kain tenunan Melayu.

----> more in comments

Terima kasih Muzium Negeri Pahang, Pekan, Pahang Darul Makmur
Pic Top: Silk threads used in songket weaving taken at Che Minah Songket, Pantai Cinta Berahi, Kelantan Darul Naim
Pic Bottom: Family photo, all ages wearing songket with baju melayu during Hari Raya, taken at my parent's house in Gombak, Kuala Lumpur.

2 comments:

Norazihan said...

BAYARAN

Peserta dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 200.00 seorang. Bayaran ini termasuk makan/minum dan peralatan seminar (tidak termasuk penginapan dan pengangkutan).

Pelajar IPT dikenakan bayaran sebanyak RM 150.00 seorang

PENDAFTARAN

Lembaga Muzium Negeri Pahang

Jalan Sultan Ahmad
26600 Pekan
Pahang

Telefon : 09 – 4221371
Faks : 09 – 4221572
Email : farid.muzium@gmail.com

Norazihan said...

ATURCARA

12 Mei 2009 (Selasa)

02.30 – 06.00 ptg

Pendaftaran Pengucaptama, Pembentang Dan Peserta Seminar

08.00 – 10.30 mlm

Malam Gema Irama Inderapura
Sempena Majlis Perasmian Seminar
Antarabangsa Tenun Nusantara :
Kesinambungan Tradisi dan Budaya
Disempurnakan oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Pahang

13 Mei 2009 ( Rabu )

08.30 – 09.00 pg

Titah DiRaja oleh Kebawah Duli Yang
Teramat Mulia Tengku Puan Pahang

09.00 – 09.40 pg

Ucaptama I

Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
Falsafah Tradisi Tenunan Alam Melayu

Pengerusi : Prof.Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan

09.40 – 11.00 pg

Seminar Sesi I

YH. Dato’ Haji Yaakub Isa
Kain Tenun Pahang

Pn. Arba’iyah Ab. Aziz &
Prof. Dato’ Dr. Othman Yatim
Falsafah Di Sebalik Motif-Motif Songket Melayu Terengganu

Bapak Djohan Hanafiah
Songket Palembang : Sejarah, Filosofi Dan Perkembangannya

Pengerusi : Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan

11.00 – 11.30 pg

Minum Pagi

11.30 – 01.00 tghr

Seminar Sesi II

Prof. Dr. Syarif Ibrahim Alqadrie
Kain Songket Sambas, Corak – Insang
Pontianak dan Tenun Ketapang : Warisan Budaya dan Potensi Ekonomi
Nasional Berbasis Kerakyatan

Bapak H.Hasip Kalimuddin Syam
Pakaian Adat Jambi Yang Pernah
Terlupakan

Tuan Haji Mohd Yusof Abdullah
Tekstil Koleksi Muzium Negeri Terengganu

En. Abd. Aziz Abdul Rashid
Kain Tenun & Songket Koleksi Muzium
Seni Asia

Pengerusi : Prof. Madya Dr.Zahid Ahmad

01.00 – 02.30 ptg

Makan Tengahari & Rehat

02.30 – 03.30 ptg

Ucaptama II

Prof. Dr. Siti Zainon Ismail
Cara Pakai Melayu

03.30 – 05.30 ptg

Seminar Sesi III

Drs. Hirfan Nur M.Sn.
Sejarah Dan Perkembangan Songket
Melayu Riau

En. Nik Abdul Rakib Nik Hassan
Tenunan Melayu Pattani

En. Fadlin Muhammad Djafar
Songket Melayu Batu Bara : Satu Kajian Struktural Dan Fungsional

Dr. Mohd Nefi Imran
Songket Minangkabau : Mengikut
Perkembangan Songket-Songket
Nusantara

Pengerusi : Prof. Madya Datul Zainal Abidin Borhan

05.30 – 06.00 ptg

Minum Petang

14 Mei 2009 (Khamis)

08.30 – 09.30 pg

Ucaptama III

YM Bapak Tenas Effendy
Ragam Dan Motif Tenunan Melayu

Pengerusi : Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan

09.30 – 11.00 pg -

Seminar Sesi IV

Pn. Noria Anak Tugang
Tenunan Kain Pua Dalam Budaya Iban
Di Sarawak

En. Muhammad Takari Jilin Syahrial
Ulos Dan Sejenisnya Dalam Budaya
Batak Di Sumatera Utara : Makna, Fungsi Dan Teknologi

Pn. Siti Rohana
Cual Bangka : Menenun Sejarah,
Menyulam Identiti

Pn. Nor Azlin Hamidon
Kaligrafi Dalam Tenunan Melayu

Pengerusi : En. Abd. Aziz Abdul Rashid

11.00 – 11.30 pg

Minum pagi

11.30 – 01.00 tghr

Seminar Sesi V

Prof. Madya Dr. Haziyah Hussin
Motif Tenun Melayu : Perubahan Dan
Kesinambungan

Dr. Norwani Md. Nawawi
Tenunan Melayu : Kreatif & Inovasi

Dr. June Ngo Siok Kheng
“Contemporary Malaysian Handwoven
Textiles for Export Market”

Pn. Fatimah Ismail
“Tenun Pahang : Tradition and Modern Usage”

Pengerusi : YH. Dato’ Yaakub Isa

01.00 – 02.30 ptg

Makan Tengahari & Rehat

02.30 – 04.00 ptg -

Forum Bersama Pengusaha Tenun

Pn. Nortipah Abad Kadir
Legar Warisan, Kompleks Budaya
Kampung Pulau Keladi

En. Azman Zakaria
Perniagaan Sutera Pulau Keladi

Pn. Umi Suraya Abd Hamid
Ayunan Emas, Kompleks Budaya
Kampung Pulau Keladi

Pengerusi : En. Ahmad Farid Abd. Jalal

04.00 – 05.00 ptg -

Rumusan Oleh : Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan

04.30 – 05.00 ptg

Minum Petang