Tuesday, February 26, 2008

Kain Tenun Pahang

Seni tenunan Pahang berasal daripada Bandar Diraja Pekan. Kampung Soi merupakan Pusat Perkembanganindustri Tenun Pahang utama disamping pusat-pusta lain di Pahang. Fabrik Tenun Pahang ditenun dengan menggunakan 'Kek Siam'. Fabrik ini mudah dikenali dengan menggunkan pemilihan sususnan pada benang Pakan dan Loseng yang diubah-ubah.

Seni fabrik tenun Pahang yang sungguh halus dan indah ini pernah satu ketika dahulu menjadi pakaian untuk majlis-majlis keramaian diraja. Seni tenunan di Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi (Tanah Bugis) yang dibawa ke Pahang pada abad keenam belas masehi. Ia telah diperkenalkan oleh seorang pembesar Bugis bernama Tuk Tuan (Keraing Aji) yang menetap di kampung Mengkasar.


Kain tenunan Pahang digunakan sebagai kain sarung, kain sampin, selendang dan juga dijahit untuk pakaian tradisional. Kinin, penghasilannya telah disesuaikan mengikut permintaan serta kegunaan pereka fesyen tempatan dan luar negeri untuk dipadankan pada majlis-majlis makan malam, adat istiadat Diraja, pakaian pengantin dan sebagainya. Sebagai satu hasil seni yang bernilai, harganya bergantung pada harga dan jenis benang yang digunakan.

Terima kasih Pusat Perkembangan Industri Tenun Pahang, Kampung Soi, Pahang Darul Makmur.

3 comments:

Whitemusk2508 said...

SALAM AKAK TUAN RUMAH. tumpang tanye, mane ek bleh dpt kain songket pahang kat area kelantan. saya nk ke kelantan next week. ingat nk cari songket pahang.tp nk ke pahang cm jauh ler skit ngn masa yg suntuk. bleh tolong advice? time kasih ye

Norazihan said...

waalaikumsalam, wah engineer!, virgo lagi! same lah!

kalau di kelantan, yg ada is tenun songket kelantan. di pahang is tenun pahang! cuba try kat area PCB. Kalau tak jumpa akak boleh dapatkan ori dari Pahang!! Call 019-9846026 or emel norazihan@yahoo.com

Rumahkerudung-mukena said...

Kami pedagang dan penjahit untuk kerudung dan mukena dengan variasi sulaman dan bordir hasil tangan

Apakah di malaysia bisa diterima produk kami.

Please come and joint us :
http://www.i-niecollection.blogspot.com